
Sulit
3 tahun
Perut rasa senak, kembung,selalu kentut
saya lelaki 35 tahun . Perut rasa tak selesa dah seminggu.hamper setiap malam kentut Yang melampau. Bila ke toilet untuk membuang air besar rasa tak puas. Apa masalah ya doktor? Saya kurang rasa lapar walahpun tak makan .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Gas yang dihasilkan oleh kuman di dalam usus menyebabkan anda kerap kentut
- Jangkitan usus atau saluran pemakanan
- Irritable bowel syndrome
- Kanser usus atau perut
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Sakit perut yang mengganggu aktiviti harian dan tidur
- Perubahan terhadap kekerapan membuang air besar
- Najis berdarah
- Hilang selera makan tanpa sebab
- Penurunan berat badan tanpa sebab
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.