
Sulit
3 tahun
Perut rasa tak selesa dan kaki sejuk
Saya wanita berumur 32 tahun dan masih bujang. Saya kadang akan sejuk pada kaki dan kemudian perut jadi tak selesa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Gastritis
- Batu pada saluran hempedu
- Keradangan pankreas
- Pendarahan pada organ dalaman/ saluran pencernaan
- Batu pada buah pinggang
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.