
Sulit
4 tahun
Perut rasa tidak selesa dan sakit belakang
Hi doc, saya berumur 18 tahun. Saya kerap rasa tak selesa di bahagian perut , bila saya tekan kdg kdg rasa mual kadang tak, dulu pernah rasa mcm ni pergi clinic doc cakap kencing kotor and ada skli pergi lg doc ckp gastrik. Tapi terlalu banyak kali saya rasa perut tak selesa mcm ni kenapa ya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala mual dan sakit perut yang dihadapi oleh anda boleh disebabkan oleh masalah asid dalam perut yang bergelora dan mengakibatkan irritasi pada dinding perut. Perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor dan penyakit iaitu:
- Penyakit refluks esofagus (GERD)
- Keradangan dan irritasi pada perut (Gastritis) atau gastrik
- Jangkitan kuman pada perut
- Alahan pada makanan
- Keracunan makanan
- Ketumbuhan ulser perut yang boleh disebabkan oleh asid berlebihan atau jangkitan kuman khususnya H.Pylori
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar yang berkenaan bagi mendapatkan pendapat mereka mengenai masalah ini, terutamanya jika anda mengalami perkara ini secara berlarutan atau semakin teruk.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.