
Sulit
5 tahun
Perut rasa tidak selesa
Period saya lewat datang 6 hari kemudian saya makan ubat diberi doktor untuk turun darah. 3 hari saya berhenti dan darah keluar. 3 hari darah merah dan 2 hari kecoklatan. Ini saya period kan? Tapi sekarang sayarasa perut saya senak seperti kembung serta tidak selesa. Perut sedikit buncit. Sakit pinggang tetapi tidak Kerap. Mengapa ini berlaku? Tidak mungkin hamil kan kerana saya telah period? Benar itu darah period kan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kembung perut dapat terjadi akibat beberapa perkara, seperti:
- gastritis
- penyakit keradangan pelvis
- akibat pengambilan suntikan perancang
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.