
natashaabu11
5 tahun
Perut sakit bahagian abdomen bila tekan
Saya wanita 20 dan belum berkahwin. Period last datang 1/4/2019-8/4/2019. Sudah pergi ke klini, doktor ckp saya stress dan saya buat UPT test sekali result dia negatif. Tapi sejak kebelakangan ni perut bahagian bawah sakit mcm nak period. Bila saya tekan perut rasa sakit sedikit. Apakah tanda tanda tu? Adakah cyst atau fibroid atau pcos?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid normal adalah setiap 21-35 hari. Kedatangan haid lewat amat biasa untuk para wanita akibat stres, perubahan diet secara drastik atau pengambilan ubat seperti ubat pencegah kehamilan (OCP) yang menggangu kitaran hormon.
Sakit perut bahagian abdomen juga boleh disebabkan oleh senggugut. Senggugut tahap serius juga akan menyebabkan sakit yang berlarutan. Selalunya doktor klinik atau hospital akan melakukan ujian ultrasound abdomen selepas mengambil keterangan terperinci masalah cik untuk menentukan diagnosis cyst, fibroid atau PCOS kerana gejala antara mereka lebih kurang sama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.