
Sulit
5 tahun
Perut sakit dan bisa apabila ditekan
Mak saya dalam lingkungan 50-an perut rasa bisa sejak dua hari yang lalu.Selain itu, apabila dia tekan perutnya, perutnya kadang-kadang rasa keras. Selanjutnya, dia rasa loya kekadang serta tak bole makan banyak dan hanya makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.Macam mana doktor, rasa pening pening sikit , sikit jerlah tak banyak pun. Seterusnya, asyik nak buang angin je

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- masalah pada struktur organ wanita seperti ovari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.