Sulit
4 tahun
Perut sakit dan keras di bhgian kiri bawah
Saya wanita berumur 43thn, berkahwin, ank 5org.
Sebelum ni 2thn lps, saya pernah mengalami kencing kotor yg kronik. Hingga doctor buat skop utk bersihkn pundi kencing.
Situasi skrg ni rasa bengkak dan sakit perut ketika nak kentut/buang air besar. Najis keluar tapi macam x keluar semua. Najis xkeras sbb saya dh mula mkn bubur.Perut kembung mcm masuk angin. Dah sapu minyak angin masih sama. Makin sakit bila baring/sujud masa solat. Rasa demam waktu senja hingga malam. Dah 3hr mcm ni. Tolong saya doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hernia
- Kanser usus
- Divertikulitis
- Jangkitan usus
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel disease (ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Ketumbuhan ovari
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini perlu diberikan perhatian.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami masalah sedemikian:
- Cirit-birit
- Sembelit
- Najis berdarah
- Hilang selera makan
- Berat badan turun mendadak
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.






























