
farahinn61
5 tahun
Perut sakit seperti gastrik
Hai & selamat sejahtera, doc. Semalam, saya ada makan nasi lemak ayam msk merah, dan lps saya makan tu, prut saya rse sakit pedih mcm gastrik, saya nak tahu puncanya, adakh dsbbkn smbal yg sngt pedas, atau smbal yg tidk msk spnuhnya? dah 2 hari tmsuk hrini still sakit prut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan
- gastrik
- ulser pada perut
- radang pankreas (pancreatitis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.