
fiz_nana
5 tahun
Perut sebelah kanan bawah sakit
Hi sy nak tanya baru2 ni saya ada pergi ke klinik buat ultrasound di sebabkan perut sebelah bawah kanan terasa ngilu dan sakit bila ada hentakan termassuk juga kalau bersama dengan suami ada masa akan rasa sakit dan ada kala tidak. Contoh naik moto bila terlanggar lubang atau bumper akan rerasa ngilu or sakit di sebalah bawah kanan perut. Hasil buat ultrasound doc kata susah nak lihat dengan betul kerana dalam perut saya penuh angin dan terdapat di saluran usus tompokan hitam. Selalanya doc kata itu ada najis lama yang tidak keluar @ tersumbat. Sekarang ni doc bagi saya ubat angin dan sembelit minta saya makan dan datang kembali selepas 5 hari untuk pemeriksaan semula. Saya jadi risau jika saya mempunyai sakit yang seriua … mohon keterangan dari doc ada kah najis tadi boleh menjadi punca bila hentakan kita akan rasa sakit dan ngilu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui samada anda menghidap penyakit yang serius atau sebaliknya, pemeriksaan ultrasound diperlukan. Oleh itu, pihak kami tidak boleh memberi kata putus tanpa keputusan ultrasound ulangan dijalankan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.