
Sulit
2 tahun
Perut sebu dan perut rasa tak selesa
Saya sebu perut dan keadaan perut saya keras
Medical history saya tidak ada gastric
Saya dah makan gaviscon tapi tiada perubahan apa perlu saya buat ye

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala ketidakselesaan perut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejalan anda. Antaranya:
- Asid refluks [GERD]- Penyakit gastroesophageal reflux disease ini disebabkan oleh otot yang memisahkan esofagus dan perut menjadi lemah. Keadaan ini membenarkan kandungan makanan beserta asid mengalir kembali (refluks) ke organ esofagus dan menyebabkan iritasi. Jika hal ini berterusan, sel di permukaan esofagus akan mengalami perubahan untuk beradaptasi kepada iritasi tersebut. Perubahan ini dikenali sebagai esofagus barret dan merupakan risiko kepada kanser esofagus.
- Penyakit ulser perut
- Masalah hempedu - seperti radang hempedu, jangkitan dalam hempedu, batu karang
- Masalah organ pankreas - menyebabkan ketidakhadaman dan ketidakselesaan
- Penyakit jantung - sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, kencing manis atau sejarah kekeluargaan
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.