
Anonymous
6 tahun
Perut seperti wanita hamil
Assalam,saya berumur 23 tahun dan telah berkhawin.Saya belum menjalani ujian air Kencing,tetapi kenapa perut saya besar seperti org hamil.Saya sudah perasan seminggu yg lepas.Kadang2 saya rasa kram di bawah perut,tapi period saya baru hbis pada 10 march

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, adalah sebaiknya anda melakukan ujian kehamilan. Jika negatif, anda boleh mengulang semula ujian tersebut dalam tempoh 1-2 minggu. Jika haid anda masih tidak datang dan anda tidak hamil, sila dapatkan pemeriksaan kesihatan lanjut agar punca kram perut, perut besar atau masalah haid anda dapat diketahui. Jika anda positif ujian kehamilan, sila kunjungi klinik terdekat untuk pemeriksaan dan pemantauan kehamilan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.