
Sulit
4 tahun
Perut sering senak sebelah kiri selepas habis makan dan minum air
Perut sering senak sebelah kiri selepas habis makan dan minum air.
Hai doktor. Assalamualaikum. Saya perempuan berumur 22 tahun. Saya ingin memberitahu masalah saya. Saya sering berasa senak perut sebelah kiri saya setelah saya habis makan dan minum air. Kadang kadang, perut saya selalu rasa pedih, berangin. Dan kadang saya rasa mual dan loya. Lebih teruk, kalau saya makan sebelum berjalan di shopping mall. Sebaik habis makan dan berjalan, saya rasa senak perut sebelah kiri dan sukar untuk saya berjalan. Jika saya paksa juga untuk jalan dan berdiri, lama lama perut akan rasa perih sangat doktor. Dan akhirnya akan buat bahagian perut keliling sampai belakang perih dan lenguh. Saya dah tidak tahan doktor. Saya takut. Tolong saya doktor. Apa masalah saya sebenarnya. Dan saat ini, saya rasa belakang saya sebelah kiri rasa tercucuk jika saya telan makanan atau minum air. Kenapa ya doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut sebelah kiri yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Sembelit
- Radang apendiks
- Radang usus - akibat penyakit radang usus atau jangkitan kuman
- Radang tiub Fallopian/ovari
- Batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Anda juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor pakar