
Sulit
4 tahun
Perut sllu memulas dada terasa skit
Hyee sya lelaki berumur 31 tahun smnjak dua menjak harini prut sya suka memulas yg agak lama sblm ini memulas sdikt tp skjap saja sdh hilang… Di bhgian dada sya pn trsa ad skit sdikit tp jrng…sy nk tahu pnykit ap yg sdng sya alami…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, perut yang memulas boleh disebabkan beberapa perkara, antaranya ialah:
- sembelit
- cirit birit
- gastroenteritis
- refluks asid
- stres
- iritasi pada usus
- penyakit Crohn
Namun ini hanyalah kesimpulan am tentang simptom perut memulas, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih tepat kerana hal ini perlukan pemeriksaan yang teliti sebelum membuat apa-apa diagnosis. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi dan mendapatkan nasihat dan maklumat selanjutnya. Terima kasih