
Sulit
4 tahun
Perut tak selesa [ bawah pusat]
Hi doc. Saya berumur 25tahun,mempunyai 2 org anak. Saya telah mengambil perancang keluarga iaitu cucuk depo [saya czer] . Sepanjang anak saya 1tahun 6 bulan, ada beberapa bulan saya keluar darah sedikit sahaja,cuci dan tukar seluar dalam tak ada lagi. Untuk bulan ni, saya ada keluar darah sedikit sama macam sebelum ni. Tapi kali ni berbeza sedikit, di ikuti sakit perut on off, sakit pinggang & cramp di kawasan pinggang ke punggung. Saya juga merasa lesu badan. Daripada 4 hari lepas sehingga sekarang tiada perubahan. Cuma darah keluar sekali sehari berselang seli [tak banyak pun darahnya keluar ibarat keputihan sedikit sedikit]. Oh ya, 2 hari lepas semasa tidur malam, saya sakit perut dibawah pusat & dibahagian bawah [kemaluan] pun terasa sakit. Saya fully breastfeeding anak. Kenapa ya doc? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut bawah pusat dan bawah kemaluan yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Sembelit
- Radang usus - akibat penyakit radang usus atau jangkitan kuman
- Radang tiub Fallopian/ovari
- Batu karang
Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang anda. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.