
Sulit
3 tahun
Perut tak selesa rasa senak rasa macam berangin
Saya wanita berusia 24 tahun, dalam masa 3 hari ni saya rasa perut saya rasa tak selesa rasa senak dan berangin , jantung brdebar. Mggu lepas saya ada kena anxiety attack, ada kena mengena ke doc. Sakit perut smpai 5 6 pagi baru saya tidur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda, saay memahami bahawa anda mempunyai masalah sakit perut, ketidak selesaan, perut berangin dan jantung berdebar sehingga tidak boleh tidur. Anda juga mempunyai sejarah kesihatan episod serangan anxiety pada minggu lepas. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak penyakit yang memberikan gejala seperti yang anda nyatakan. Antaranya adalah:
- GERD (Gastro-esophageal reflux disease)
- Ulser peptik
- Radang gastrik (Gastritis)
- IBS (Irritable Bowel Syndrome)
- Tekanan atau stress
- Keracunan makanan
- Kehamilan ektopik
- Sakit jantung (Myocardial infarction)
- Kesan sampingan daripada ubat-ubatan
Tanpa mengetahui perincian simptom, sejarah penyakit, status pemeriksaan fizikal serta keputusan ujian klinikal anda, saya tidak dapat memberi diagnosis yang jelas.
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.