
Anonymous
2 tahun
Perut terlalu buncit
Assalamualaikum / Salam sejahtera doctor,
Saya nabila berumur 30tahun mengalami masalah perut terlalu buncit selepas melahirkan anak setahun lebih yang lalu. Perut saya seakan mengandung 7 8 bulan. Tinggi 165cm dan berat sebelum mengandung 65kg. Selepas melahirkan kembali ke berat asal. Namun begitu perut saya masih buncit sedikit pada permulaannya. Lama kelamaan perut sy membesar. Besar seakan alcohol belly tapi saya tidak pernah mengambil alcohol. Saya juga tidak begitu kuat makan. Saya makan 3x sehari tanpa menambah kuantiti makanan. Tapi sebelum perut saya membuncit dan sebelum saya mengandung, saya sangat suka minum neslo+creamer+susu pekat manis, saya minum setahun sebelum mengandung sehinggalah lepas melahirkan. Adakah kerana factor air manis? Saya juga ingin bertanya perlukah saya berjumpa dengan doctor untuk menyelesaikan masalah saya? Atau apa yang saya perlu buat untuk mengempiskan kembali perut saya?
Diharapkan doctor dapat membalas email saya.
Maklumbalas daripada pihak doctor amatlah saya tunggu dan hargai.
Sekian,
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengumpulan lemak di bahagian perut.
- Masalah dalam abdomen seperti fibroid .
- Pengumpulan air dalam rongga abdomen ( ascitis ) yang disebabkan oleh pelbagai penyakit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.