
Sulit
3 tahun
Perut tidak selesa berpanjangan dan najis gelap
Saya berumur 26 tahun, sedang mengambil ubat vencid(pantoprazole), vocinti(vonoprazan) dan ganaton(Itopride hydrochloride). Dalam beberapa hari ini saya berasa tidak selesa perut walaupun saya makan teratur dan saya perasan najis saya berwarna gelap. Adakah ini side effect ubat saya? Sebelum ini saya pernah admit untuk OGDS dan ultrasound dan disahkan hiatal hernia, antral gastritis(pronto -ve) dan gerd.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan najis berwarna hitam atau gelap antaranya:
- Sering kali dikaitkan dengan pendarahan pada system penghadaman iaitu Pendarahan disebabkan oleh ulser peptic dan sebagainya
- Pendarahan disebabkan oleh “esopaheal varices”
- Barah yang berkaitan dengan system pengahadaman
- Kesan ubat-ubatan
Adalah amat disarankan untuk anda merujuk hal ini dengan pakar gastroenterology untuk rawatan yang selanjutnya agar masalah ini dapat ditangani.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor