
bbcglobal
4 tahun
Pesakit buah pinggang (dialisis) sakit ditapak kaki
Saya Hazlina adalah pesakit buah pinggang end stage yang tekah melakukan dialisis setahun 3 bulan, 3-4 bulan kebelakangan ini sya terasa sakit dibahagian tapak kaki terutama berjalan atau pun berdiri.
Terakhir lab test IPTH 96.4 Calcium 2.1 Creatinine 828
Soalan saya Doktor apakah ubat yang saya harus makan untuk mengurang kesan sakit dibahagian tapak kaki.
Terima Kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Sakit pada bahagian tapak kaki boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Radang pada lapisan tapak kaki “plantar fasciitis”
- Kalsium deposit pada tumit “heel spur”
- Kecederaan otot atau saraf pada kaki
Untuk mengetahui rawatan yang sesuai untuk anda, punca masalah ini haruslah dikenal pasti terlebih dahulu. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan tentang masalah ini. Terima kasih.