
ftmhisml
4 tahun
Pesakit buah pinggang mengalami masalah sakit kepala berpanjangan
ibu saya seorang pesakit dialisis (CAPD) berumur 57 tahun. Dia telah menjalani dialisis selama 1 tahun 5 bulan. selain dialisis ibu saya juga mempunyai darah tinggi.
Beberapa bulan ini beliau telah mengalami gejala sakit kepala yang berpanjangan. sakit kepala yang dialami adalah selama 1 bulan (untuk kali pertama). beberapa hari ini sakit kepala dia datang semula (kali kedua). Untuk makluman, dia telah pergi berjumpa dengan pakar semenjak sakit kepala yang pertama terjadi. walau bagaimanapun, pakar menaikkan dos ubat dan arahkan ibu saya untuk kawal heart rate dan segera ke kecemasan jika bacaan heart rate rendah. Namun tidak memberi apa-apa kesan. doktor pakar juga pesan tidak perlu jumpa pakar untuk sakit begini. cukup pergi ke klinik sahaja.
Sakit tidak berkurangan jadi ibu telah pergi ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan. namun doktor di klinik kesihatan tidak berani memberi apa-apa ubat atau rawatan kerana ibu adalah seorang pesakit kronik dan menyuruh ibu untuk berjumpa dengan pakar yang merawatnya sebelum ini. Ibu mengambil keputusan untuk tidak pergi berjumpa dengan doktor kerana kos yang dikeluarkan dan hilang harapan. Ini kerana rawatan pakar ibu adalah di Kuala Lumpur dan ibu menetap di Perak. Jadi kos ulang alik juga perlu diambil kira.
Berikut adalah ubat yang di consume oleh ibu;-
- Perindropil 4mg
- Pantoprazole 40mg
- Felodipine 10mg
- Metoprolol Tartrate 100mg
- Bisacodyl 5mg
- Frusemide 40mg
- Calcium carbonate 500 mg
saya sebagai anak telah membuat pelbagai cara untuk mengurangkan kesakitan ibu. tetapi tidak satu pun berkesan. kami menjadi buntu kerana kesakitan yang dialami oleh ibu sangat mengganggu kehidupan beliau. Ibu tidak dapat tidur setiap malam. ini sangat membimbangkan lagi-lagi apabila ibu ada darah tinggi. sepanjang kesakitan yang dialami bacaan darah tinggi ibu normal dan tidak terlalu tinggi/rendah. Mohon bantuan dari doktor untuk berikan kami solution sama ada dari kaedah medical atau cara-cara lain yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan ibu. terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Migrain - sakit kepala migrain agak sukar untuk hilang walaupun dengan tidur
- Dehidrasi - kekurangan air akan menyebabkan sakit kepala berpanjangan dan akan hilang hanya dengan minum air mencukupi
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah kalenjar pituitari (iaitu kalenjar hormon yang terletak pada kedua mata)
- Jangkitan kuman dalam kepala
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih segera bagi memastikan rawatan bersesuaian diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.