
Anonymous
4 tahun
PeSakit buah pinggang
Salam doc… anak saya merupakan pesakit buah pinggang tahap 3. Diperhatikan setelah mengambil ubat dari hosp kaki anak saya semakin membengkak dan berat badan semakin bwrtambah… ada satu ketika saya mengurangkan pengambilan ubat nisolon hasilnya kaki kurang membengkak tetapi tahap protein naik dlm air kencing naik mendadak dari bacaan 270 kpd 320… mohon nasihat doc bagi mengurangkan bengkak kaki anak saya tanpa mengurangkan ubat yg diberikan oleh hosp… terima kasih doc…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, biasanya penyebab kaki bengkak pada pesakit buah pinggang adalah disebabkan oleh pengumpulan air di dalam tisu kerana buah pinggang tidak dapat membuang garam berlebihan di dalam badan dan menyebabkan air terkumpul di dalam tisu.
Pesakit buah pinggang biasanya diberikan had pengambilan air sehari agar tidak berlaku lebihan atau pengumpulan air dalam tisu badan ini. Saya sarankan agar anda berbincang dengan doktor untuk mengetahui jumlah air yang sesuai diambil oleh anak anda dalam sehari.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.