Sulit
4 tahun
PESAKIT COVID-19 . Boleh terangkan lebih lanjut tentang COVID-19 ni? like tahap kesihatannya bagaimana and antibodi pesakit COVID-19 ni lebih kuat dari orang yang belum dijangkiti?
Salam Sejahtera . Saya nak tahu lebih lanjut… adakah kalau pesakit COVID-19 yang sudah melebihi 14 hari dikira sembuh? dan adakah mereka akan menjangkiti org lain yang negative kalau swab test kita mmg positive
lastly,boleh ke kalau org normal yang tidak kena COVID-19 bergaul/hidup bersama dengan orang yg dah kena COVID-19 ni?
TQ
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami anda ingin memahami lebih lanjut tentang COVID-19 dan lebih spesifik adalah status kesihatan bekas pesakit COVID-19, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda memahami hal ini.
Untuk pengetahuan anda, bekas pesakit COVID-19 atau individu yang pernah dijangkiti COVID-19 mempunyai imuniti terhadap COVID-19 sekurang-kurangnya 8 bulan menurut pakar. Bermakna bekas COVID-19 akan terlindung daripada jangkitan COVID-19.
Individu yang sudah sembuh daripada COVID-19 dan tiada komplikasi selepas 14 hari kuarantin boleh hidup sosial bersama masyarakat lain. Walaupun jika melakukan ujian PCR, bekas pesakit akan mendapat keputusan positif tetapi mereka tidak mempunyai simptom atau gejala dan tidak boleh menjangkiti orang lain.
Namun menurut pakar, bekas pesakit COVID-19 masih perlu mematuhi SOP seperti memakai topeng bila keluar rumah dan menjaga jarak fizikal.
Jika anda mempunyai masalah kesihatan lain, anda boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































