Sulit
2 tahun
Pesakit covid ingin tahu
Saya pesakit covid. Sy close contact dengan pesakit lain pada 31/8. PCR positif pada 3/9. Dikuarantin dari 4/9-17/9. Keputusan CT sy pada masa itu 31.5. Sepanjang sy dikuarantinkan. Sy tidak mengalami sebarang simptom. Semuanya normal seperti sebelum sy tahu yang saya positif covid.
Persoalannya. Adakah selepas tamat kuarantin sy boleh bergaul bersama keluarga saya seperti sebelum saya disahkan positif?
Adakah sy masih boleh mengjangkiti orang lain?
Terutama pada kanak-kanak berusia 3 tahun.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ialah pesakit Covid-19 yang sedang menjalankan kuarantin. Anda tidak mengalami sebarang simptom dan ingin mengetahui jika anda boleh bergaul dengan ahli keluarga anda selepas tamat kuarantin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kajian menunjukkan bahawa kadar kebolehjangkitan virus Covid-19 akan menjadi rendah selepas tamat tempoh kuarantin. Oleh itu, mereka yang tidak bergejala tidak perlu menjalankan ujan swab untuk kali kedua selepas tamat kuarantin. Anda boleh menghubungi CAC berdekatan dengan anda ataupun doktor kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini