
Sulit
3 tahun
Pesakit covid kuarantin di rumah
Selamat malam dr… Saya nak tanya… Blh ke pesakit positif covid melakukan aktiviti senaman untuk bagi cergas?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Untuk makluman anda, pesakit Covid-19 digalakkan untuk kekal cergas (sekiranya boleh) untuk membantu sistem imun badan mereka. Oleh itu, anda boleh melakukan aktiviti senaman ringan tanpa risau. Namun, kami menasihatkan anda untuk tidak melakukan aktiviti fizikal yang berat. Sekiranya anda mengalami gejala sesak nafas, atau sakit dada, sila rujuk kepada hospital yang berdekatan. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini