
Sulit
3 tahun
Pesakit darah tinggi vaksin elak Covid19
Saya pesakit tekanan darah tinggi dan makan ubat perindopril dan felidipine setiap hari. Saya nak tau kesan makan ubat darah tinggi sebelum suntikan vaksin elak Covid19. Jika saya makan ubat darah tinggi sebelum suntikan vaksin tersebut adakah ianya tidak memudaratkan saya? Saya menunggu jawapan dari doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan mengenai kondisi anda yang memiliki masalah penyakit darah tinggi dan sedang menjalani rawatan dengan mengambil ubat yang diberikan oleh doktor. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan informasi terkini, sekiranya individu memiliki penyakit darah tinggi dan sedang menjalani rawatan dengan ubatan yang dinyatakan diatas, pengambilan vaksin masih boleh dipertimbangkan. Anda perlu menyatakan maklumat kesihatan anda semasa mendaftar vaksin COVID-19.
Oleh itu, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini