
Anonymous
5 tahun
Pesakit diabetes dan kini mengalami sakit di bawah perut belah kiri
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya baru sahaja berkahwin. Saya pesakit diabetes jenis pertama. Sudah 5 tahun saya bergantung dengan insulin. Sebelum kahwin lagi saya sering sakit dibawah perut sebelah kiri. Saya rasa ada sesuatu di bahagian itu. Sakit itu makin terasa kuat apabila datang haid dan juga ketika waktu subur. Rasa seperti berdenyut denyut dan berat dia bahagian itu. Saya mahu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan lebih lanjut tetapi saya khuatir sekiranya saya menghidapi penyakit lain dibahagian rahim ataupun usus. Harap doktor dapat memberikan pendapat sakit yang saya hadapi sekarang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan sejarah kesihatan dan gejala yang anda sebutkan, sakit perut pada sebelah kiri anda mungkin berpunca daripada:
- Sembelit
- Kehamilan ektopik
- Ovulasi
- Diabetik ketoasidosis
- Jangkitan saluran kencing
- Fibroid/endometriosis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.