
Sulit
3 tahun
Pesakit sawan boleh ka di vaksin
Sbab sya ada penyakit sawan .boleh ke di vaksin

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang untuk mengambil vaksin Covid 19. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, disebabkan anda mempunyai masalah kesihatan seperti sawan, masalah perubatan anda perlu diketahui dengan lebih lanjut dan memerlukan pemeriksaan fizikal sebelum mengetahui sama ada anda layak atau tidak untuk menerima vaksin tersebut.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang lebih tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat informasi serta rawatan lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini