
Sulit
3 tahun
Pesakit sle yang sentiasa to mendapat rujukan hospital
Saya pesakit sle. Adakah boleh untuk saya ambil vaksin? Dan vitamin apa yang perlu sy ambil?

3 tahun
Salam sejehtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Anda ingin mengetahui sekiranya anda boleh mengambil vaksin dan apakah vitamin yang perlu diambil. Kami akan cuba menjawab pertanyaan anda.
Untuk pengetahuan anda, pesakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) boleh menerima vaksin COVID19. Kajian mendapati bahawa vaksin COVID-19 adalah selamat untuk pesakit SLE yang stabil, disampiang itu, ubat-ubatan SLE juga tidak akan mempengaruhi keberhasilan vaksin.
Walaupun tidak ada kajian yang khusus berkenaan kelebihan mana-mana vitamin pada pesakit SLE di waktu pandemik, cadangan suplemen atau makanan tambahan lazimnya perlu dirujuk pada doktor yang merawat.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor di atas talian, agar kami dapat membantu anda selanjutnya.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini