
Sulit
5 tahun
Pesakit yg tiada gejala dan symtom?!
Sy nk tanya…bagaimana untuk mengenali diri seseorang terjangkiti covid?!..sedangkan pesakit ini tidak mempunyai kaitan rapat dgn kluster mahupun berpergian keluar negara?!pesakit juga tidak menunjukkan segala simptom dan gejala…mungkin ada namun beranggapan sebagai sakit lazimnya yg pernah dialami…kerna covid ini suatu virus yg spesisifik…gejala dan simptom amat sukar tuk dikenal pasti…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Satu-satunya cara untuk mengesahkan bahawa individu tersebut dijangkiti coronavirus adalah dengan melakukan ujian COVID-19. Seperti yang anda ketahui, gejala COVID-19 sangat lazim. Namun, sekiranya kita melakukan ujian COVID-19 untuk semua individu yang mengalami gejala, ia akan melumpuhkan sistem perubatan kita. Oleh hal yang demikian, penilaian risiko dilakukan. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Oleh kerana itu juga, kerajaan mengarahkan kita untuk tinggal di rumah sahaja dan mengamalkan social distancing. hal ini bukan sahaja bagi mengelakkan kita dari dijangkiti virus ini. Ia juga memainkan peranan dalam mengelakkan kita dari menjangkiti virus ini kepada orang lain. Kerana, seperti yang anda jelaskan di atas, terdapat individu yang tidak bergejala tetapi didapati positif bagi virus ini. Hal ini terjadi kerana kesan jangkitan ini bergantung dengan tahap imuniti seseorang.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini