
Sulit
3 tahun
Pil apa yang sesuai bila dah 6 hari bersama suami
Saya wanita 20thn…nk tanye ubat yg sesuai guna untuk elak hamil ye… Saya Dan suami dah 6 hari bersama… Tapi suami pancut luar… Harap dokter boleh bagitau ubat ape yg sesuai… Trima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kehamilan.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami kegusaran tentang kemungkinan untuk hamil. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, asas terjadinya kehamilan adalah adanya persenyawaan diantara sperma (sel dalam air mani lelaki) dengan ovum (sel telur wanita). Asalkan kedua sel ini bertemu, maka berlakulah kehamilan. Hal ini bermaksud, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan (kondom, pil perancang, dsb) mempunyai risiko untuk hamil bergantung kepada tahap kesuburan wanita dan kesihatan sperma.
Andai ada kemasukan zakar ke dalam vagina, namun ejakulasi (pancut) di lepaskan di luar, maka risiko untuk hamil tetap ada kerana sperma dapat hadir dalam air mani dalam bilangan yang sedikit.
Perlu diketahui bahawa sperma tidak boleh hidup lama di persekitaran luar, namun jika ia terkena bahagian faraj, masih ada risiko untuk mengandung. Untuk kepastian, anda boleh membuat ujian UPT. Masa yang sesuai untuk melihat keputusan ujian kehamilan adalah 2 minggu selepas anda tidak datang haid.
Tiada pil yang bersesuaian mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seks melebihi 72 jam.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan