
Sulit
4 tahun
Pil gugur kesan kepada badan setelah mengambil dua kali pada jangka masa yang pendek
pada 17 november 2020 saya telah gugurkan anak berusia sebulan dengan memakan pil dan juga bersihkan dalaman di sebuah klinik. sleepas dua minggu teman lelaki saya mengajak bersetubuh. hujung bulan disember 2020 saya period tapi dalam jumlah sedikit. dan tarikh 23 Januari 2021 saya didapati hamil lagi. 6 februari saya akan gugurkan lagi dengan memakan pil kerana teman lelaki saya tidak mahu bertanggunjawab. apakah kesan kepada saya doktor. apakah saya masih boleh mengandung pada masa akan datang…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, menggugurkan kandungan tanpa sebab munasabah merupakan kesalahan undang-undang di Malaysia dan boleh disabitkan kesalahan sekiranya ditangkap.
Terdapat beberapa risiko pengguguran kandungan sekiranya dilakukan:
- Keguguran yang tidak sempurna (incomplete abortion) dan kemudiannya memerlukan pembersihan melalui pembedahan
- Pendarahan yang banyak
- Kehamilan akan terus berlaku sekiranya proses pengguguran gagal
- Risiko untuk mendapat jangkitan pada rahim
- Ketidakselesaan perut
Sebagai maklumat tambahan, anda masih boleh mengandung pada masa hadapan sekiranya anda tidak mengalami apa-apa masalah semasa proses kehamilan atau pengguguran.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan mengenai situasi anda pada masa ini bersama dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.