
Anonymous
5 tahun
Pil norcutin dan norestherone
Saya perempuan berusia 17 thn. Saya ada masalah haid tidak teratur/tidak datang haid selama berbulan2 (lebih 5 bulan) sebelum ini saya ada makan ubat norestherone yg diarahkan oleh doctor. Selepas saya makan ubat tersebut, haid saya keluar bila saya makan ubat itu sahaja, kemudian saya stop makan ubat itu selama 6 bulan, haid saya tidak datang. Oleh itu saya berjumpa dgn doctor dan dia memberi saya ubat bernama norcutin dan mengarahkan saya selepas berjumpa dia selepas haid saya datang, malangnya saya telah memakan ubat tersebut selama 2 minggu tetapi haid saya masih tidak keluar, berbeza dengan norestherone yang saya makan dulu, selepas beberapa hari haid saya keluar. Persoalanya kenapa haid saya masih tidak keluar walaupun telah makan norcutin tersebut? Berbeza dengan 6 bulan lalu semasa saya makan norestherone, haid saya segera keluar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pil norcutin mempunyai bahan yang sama seperti pil sebelum ini iaitu norestherone iaitu sejenis hormon progesteron. Hormon ini berfungsi untuk mengawal pendarahan kitaran haid dan oleh sebab itu ia juga berfungsi sebagai pencegah kehamilan. Untuk badan anda mengalami pendarahan semula selepas mengambil pil ini, ia akan mengambil masa samada cepat (seperti kali pertama anda ambil dahulu) atau mengambil masa yang lama sedikit iaitu sekitar 2-4 minggu (kerana anda telah tidak datang haid lebih 6 bulan sekaran). Pendarahan akan berlaku apabila pengambilan ubat ini sudah habis iaitu sekitar 28 hari.
Antara faktor lain mengapa haid anda tidak datang boleh disebabkan:
- Sindrom Polisistik Ovari
- Kegagalan Pra-matang ovari
- Masalah kalenjar tiroid - seperti hiper/hipotiroid
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.