
redzna1501
5 tahun
Pil perancang selepas bersama
Saya terskip 1 bulan pil yasmin, dan saya period seperti biasa. Namun, saya bersama suami pada hari ke 11,selepas darah haid sy kering pada hari ke 10. Saya mengampil pil yasmin yg pertama 2 jam selepas bersama. Adakah saya berpotensi untuk mengandung semula?? Bayi saya baru berumur 7 bulan, dan saya tidak bersedia untuk mengandung lagi, kerana saya bersalin secara ceaser. Adakah alternatif lain untuk memastikan saya tidak hamil selain mengambil pil kecemasan kerana telah melebihi 72jam

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, hanya ada pil kecemasan dan pil ini perlu diambil dalam tempoh 72 jam. Keberangkalian anda untuk hamil itu ada. Anda boleh teruskan dengan penggunaan kontraseptif fizikal seperti kondom atau teknik ‘coitus interuptus’.
Jika anda tidak hamil, anda boleh kembali berbincang dengan doktor bagi teknik perancang keluarga lain yang lebih sesuai tanpa memerlukan anda memakan pil.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.