
Sulit
3 tahun
Pil perancang untuk haid normal
Assalamualaikum dr , saya nak kepastian betulkah pil perancang mampu membuat period lebih teratur ? Saya mengalami haid dimana kitarannya kurnag daripada 21 hari … sudah 5 bulan ianya berlaku … saya mendapat nasihat dimana perlu makan pil perancang untuk normalkan balik kitaran haid …saya juga aktif dalam berhubungan seks …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang penggunaan pil perancang untuk masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah kitaran haid yang kurang daripada 21 hari selama 5 bulan dan inin mengetahui sekiranya pil perancang dapat membantu kitaran haid anda kembali normal.
Untuk pengetahuan anda, keadaan kitaran haid yang kurang daripada 21 hari dikenali sebagai polymenorrha. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku, antaranya:
- Stress
- STD
- Endometriosis
- Menopause
- Kanser
- Ketidakstabilan hormon
- Penyakit tiroid
- Polycystic ovarian cyst
- Keradangan Pelvik
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan keberkesanan pil perancang dalam menstabilkan kitaran haid wanita, namun anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar punca keadaan kesihatan anda dapat diketahui dan boleh mendapatkan pendapatnya tentang penggunaan pil perancang untuk mengatasi masalah kesihatan anda.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan