
hisyamhusseini
3 tahun
Pil untuk Mengandung
Saya ingin bertanyakan tentang ubat folik asid …betulkah ia untuk merancang kehamilan? Boleh saya tahu detail mengenai folik asid?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Suplemen asid folik adalah disarankan untuk diambil wanita yang akan dan sedang mengandung. Asid folik adalah nutrien yang boleh didapati secara semula jadi dalam diet seharian namun bagi wanita yang merancang dan sedang hamil, pengambilan suplemen digalakkan bagi mencegah beberapa komplikasi akibat kekurangan asid folik. Asid folik tidak akan membantu wanita untuk mengandung ataupun mencegah mereka daripada hamil. Kekurangan asid folik ketika mengandung boleh menyebabkan kondisi “neural tube defect” pada janin dan anaemia untuk si ibu kerana asid folik yang mencukupi adalah penting untuk proses tumbesaran janin dan pemulihan darah bagi si ibu.
Sekiranya anda merancang untuk hamil ataupun sedang hamil, anda disarankan untuk merujuk lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.