Sulit
4 tahun
Pilih jenis vaksin COVID-19
Salam doktor, saya lelaki, umur 22 tahun. Saya nak tanya, jenis vaksin COVID-19 mana yang paling elok? Adakah ada kesan berbeza bagi setiap vaksin? Harap doktor boleh bagi penjelasan, terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, ribuan ujian klinikal telah dilakukan sebelum vaksin COVID-19 diluluskan dan diedarkan ke seluruh pelusuk dunia. Kemudian, vaksin yang diterima juga perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan sebelum diberikan kepada populasi masyarakat. Keberkesanan setiap jenis vaksin COVID-19 juga telah diteliti sebelum ianya layak diberikan kepada seluruh penduduk dunia. Jadi, mana-mana vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) adalah selamat dan berkesan. Sebenarnya, tidak menjadi masalah jenis vaksin yang anda terima kerana menerima suntikan vaksin COVID-19 adalah lebih baik berbanding tidak menerima vaksin sama sekali.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini. Untuk info mendalam tentang hal ini, anda boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























