
Sulit
4 tahun
Pinggang dan pinggul saya sehingga kaki
Saya aina berumur 20 tahun dan belum berkakwin.
Sebelum ini saya penah mengalamai keadaan yang sama. Tangan, pinggang, pinggul sehingga kaki bahagian kanan. saya rasa lenguh dan badan saya. Saya rasa kaki kebas dan menyusuk sedikit. Saya rasa lesu, loya panas di leher. Saya sudah berjumpa dengan dokter…dia beri ubat angin…sampai sekarang sya masih belum sembuh

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mmenghubungi kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, lenguh seluruh badan boleh disebabkan oleh:
- kekurangan gula dalam badan
- tekanan atau stress
- kekurangan badan berehat
- faktor kerja atau bersukan
- gangguan psikiatri (i.e. gangguan tidur, anxiety disorder dll)
- efek samping ubat-ubatan
- gangguan sistem pencernaan
Namun ia juga boleh disebabkan oleh penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan muskuloskeletal (i.e. osteoarthritis, subluxation, dll)
- gangguan vaskular (i.e. peripehral aterial disease, dll)
- gangguan sistemik atau autoimun (i.e. _systemic lupus eritematous,_dll)
- gangguan saraf (i.e. mystenia gravis, dll)
- komplikasi kencing manis
Anda disarankan untuk segera ke hospital atau klinik sekiranya mempunyai gejala seperti:
- kesakitan
- rasa panas di bahagian sendi
- loya dan muntah
- demam
- pening / sakit kepala
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).