
Sulit
4 tahun
Pipi bengkak sebelah lebih sebulan
Saya berusia 36 tahun mengalami bengkak muka pada sebelah kiri pipi. Sudah berjumpa doktor. Doktor telah memberi ubat prednisolone.bengkak yg sy alami surut. Tetapi kembali bengkak semula apabila ubat prednisolone itu habis.apa masalah yg sebenar terjadi. Doktor pon tak dapat tahu apa penyakit sy dan mengatakan kulit pipi sy tebal. Sekarang sy makan akan berasa sakit di pipi.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pipi dalam bengkak boleh disebabkan oleh:
- Myofibroma
- Lesi cyst cervicofacial
- Reaksi alahan
- Bengkak kalenjar parotid (dalam pipi) akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Sindrom nefrotik
- Masalah kalenjar tiroid yang bengkak - menyebabkan aliran darah tidak dapat turun
Keluhan dan keterangan yang tuan berikan adalah terlalu singkat sehingga sukar untuk ditentukan penyakit-penyakit yang mendasari gejala tersebut. Untuk mengatasi bengkak tersebut, punca masalah haruslah diketahui. Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan sekarang adalah merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan rujuk ke doktor dengan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.