
Sulit
4 tahun
Pitam secara tiba tiba dan tak ingat apa yg berlaku
Saya berumur 17 thn saya tiba tiba rasa pening semasa tgh masak dan lalu pitam dan saya tak ingat apa yg berlaku semasa itu tetapi tiba tiba saya punya muka terkena kuali panas dan meninggalkan parut di bawah dagu saya tak tahu apa yang berlaku mohon penjelasan doc saya takut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pitam yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- “Vagal overactivity” - perkara ini berlaku apabila saraf vagus didalam badan terlebih aktif apabila berlaku stres seperti meilhat perkara yang tidak menyenangkan (kepanasan di dapur menyebabkan anda pengsan)
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, vertigo posisi (bilik berpusing)
- Penyakit ritma jantung - terlebih atau terkurang laju (anda merasakan degupan jantung laju sebelum pitam)
- Kurang gula - akibat terlalu banyak hormon stres dirembes dalam badan yang menyebabkan kekurangan gula lebih-lebih lagi jika anda sedang berpuasa.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.