
noornazirakadir217
5 tahun
Pneumonia kanak-kanak
Anak saya mengalami pneumonia dan telah diberikan rawatan selama 3 hari,dan dibenarkan pulang.Setelah pulang suhu badan anak akan mula naik pada waktu petang sekitar 38°c, dan batuknya masih ada beserta muntah cecair jernih /kahak tetapi dalam kuantiti yg sedikit. Buat pengetahuan doktor, kami mengikut saranan doktor memberikannya antibiotik yg diperolehi selepas rawatan. Adakah ini normal dalam proses pemulihan atau kami perlu merujuk semula ke hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anak anda yang perlu ditanyakan. Pertama sekali, tidak dijelaskan disini sudah berapa hari sejak anak discaj dari wad. Kedua, selain antibiotik adakah ubat demam tidak diberikan, atau jika diberikan apakah tidak berkesan. Sekiranya hal ini berlanjutan walaupun telah diberikan antibiotik, sebaiknya anda membawa anak anda ke doktor agar dapat dilakukan penanganan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.