Sulit
5 tahun
Positif Boleh Ambil Vaksin kah tidak?
Cuma tanya… bila seseorang positif syabu
Adakah boleh mengambil SUNTIKAN VAKSIN PERTAMA ?? Masalah kesihatan semua NORMAL…cuma kurang tidur sahaja…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Anda ingin mengetahui sekiranya seseorang itu boleh mendapatkan vaksin walaupun dia didapati positif syabu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda individu positifi syabu boleh menerima vaksin COVID-19. Tambahan lagi, difahamkan bahawa individu yang mempunyai ketagihan syabu berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi berat sekiranya dijangkiti COVID-19.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk ke doktor atau pusat vaksinasi yang berdekatan untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh menghubungi doktor secara atas talian sekiranya masih ragu-ragu atau memerlukan bantuan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























