
Sulit
3 tahun
Positif Covid-19 (kontak rapat)
Saya wanita 20an dan saya telah disahkan positif covid 19 setelah melakukan saliva test sebanyak 3 kali dan telah memakai gelang pink. Hari ini merupakan hari ke 7 saya menjalani kuarantin kendiri. Persoalan saya adakah normal jika sepanjang saya kuarantin, saya tidak mengalami gejala yang teruk (hanya demam biasa 2 hari)? Harini saya cuba buat saliva test dan resultnya negatif

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang dialami oleh setiap orang yang dijangkiti virus covid 19 adalah berbeza-beza. Hal ini adalah kerana gejala yang ditimbulkan adalah tergantung kepada sistem imun badan masing-masing. Oleh itu, ia adalah normal jika anda tidak mengalami gejala yang teruk dan hanya mengalami demam biasa sahaja.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini