
Sulit
5 tahun
Positif Covid-19 tanpa gejala dan patuh 14 hari kuarantin, adakah boleh menjangkiti orang lain selepas tempoh 14 hari?
Hai Doc. Saya nak tanya.Kita telah memasuki 14 hari PKP. Andaikata seseorang itu dijangkiti virus Covid-19 dan tidak mempunyai gejala serta mematuhi tempoh 14 hari kuarantin, adakah selepas tempoh 14 hari itu dia tidak akan menjangkiti orang lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekiranya seseorang dijangkiti namun tidak menunjukkan gejala ini berkemungkinan bahawa imuniti individu tersebut kuat dan berjaya menyerang virus tersebut. Namun begitu, kita tidak boleh pasti jika benar virus itu sudah tiada lagi oleh itu, risiko untuk menjangkiti orang lain masih ada. Sukar untuk kita mengatakan bahawa risiko untuk menjagkiti orang lain itu tiada.
Oleh yang demikian peranan social distancing itu amat penting. Hal ini bagi mengelakkan anda mendapat jangkitan dari orang lain atau lebih teruk lagi menjangkiti orang lain. Selain itu amalan pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia juga bertujuan untuk mengelak dari penularan virus ini. Berikut merupakan langkah yang harus diamalkan:
Mencuci tangan dengan sabun dan air selama 20 saat
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini