Sulit
4 tahun
Positif covid selepas 4 bulan pulih
Kami sekeluarga bekas pesakit Covid 19. 4 bulan yang lepas kami sudah disahkan bebas dari covid19. Baru- baru ni, adik saya disahkan positif selepas membuat swab test. Kes dari tempat kerja. Kawan yang berkerja dalam department yang sama, semuanya negatif. Soalan saya, adakah itu salah satu sebab adik saya disahkan positif kerana dia pernah menjadi pesakit covid19 dalam tempoh 4 bulan yang lepas? Jika kami sekeluarga menjalani swab test, adakah keputusannya akan positif juga. Mohon pencerahan Doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, swab test kadangkala memberikan keputusan positif yang salah, false positif. Adik anda boleh minta ambil ujian PCR untuk kenal pastikan statusnya. Sekiranya keputusan PCR adalah positif, mungkinnya adik anda terkena jangkitan Covid semula.
Bekas pesakit Covid biasanya akan mempunyai kesan perlindungan terhadap covid sepanjang 3 bulan, sebab sistem imuniti badan berupaya untuk hasilkan antibodi secara sendiri. Selepas 3 bulan dari pembulihan, bekas pesakit juga perlu terima suntikan vaksinasi untuk meningkatkan sistem imuniti untuk dapatkan kesan perlindungan berjangka panjang.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































