laidon22
4 tahun
Positive COVID-19 CAT 1 … bahagian kepala berdenyut
I baru 3 hari quarantine di rumah. And kebiasaan berapa lama demam ni akan berlarutan?, Tp kepala berdenyut Tetapi tak pening biasa ke tu?
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai jangkitan Covid 19. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan KKM, gejala-gejala yang muncul apabila dijangkiti virus Covid 19 adalah:
- Demam berpanjangan
- Kelesuan bertambah teruk
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Bibir atau jari menjadi kebiruan
- Tidak boleh mengambil makanan dan minuman melalui mulut.
- Batuk, muntah atau cirit yang semakin teruk serta kencing kurang
Untuk masalah demam dan kepala berdenyut, ia boleh merupakan sebahagian daripada gejala jangkitan Covid 19 seperti yang telah dinyatakan di atas dan biasanya mengambil masa selama beberapa hari untuk sembuh. Ia berbeza setiap orang mengikut ketahanan badan serta tahap imun masing-masing.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































