Sulit
2 tahun
Positive pregnancy test, mengandung
hye doctor, saya cuma nak bertanya, saya mengalami period yang tak begitu teratur setiap bln, selalunya cycle saya akan lebih panjang, 33-36 hari setiap bulan, sepatutnya due period saya mengikut calendar 16/2, hari ni saya saja test upt naik double line, dua upt saya test hari ni same result, tapi due period berbaki lagi 9 hari, possible ke untuk saya betul2 pregnant doctor? boleh ke hormon hcg dapat detect seawal ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT adalah paling sensitif di pasaran berpotensi memberi anda keputusan yang positif empat hingga lima hari sebelum tempoh due date period. Bermakna anda tidak semestinya perlu menunggu tempoh due date untuk mengetahui sama ada anda hamil.
Walaubagaimanapun, bagi mengelakkan keputusan palsu UPT, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.