Sulit
4 tahun
Post covid simptom teruk
Saya adalah pesakit post covid wanita berumur 42. Ketika hadir ke CAC Dr di sana mengarahkan saya untuk kemasukan ke Maeps kerana keadaan saya tidak berapa memuaskan di mana saya masih ada batuk yang teruk sakit dada, cirit birit, lemah badan dan demam walaupun saya telah habis quarantine 14 hari. Dr memberitahu bahawa keesokan ambulan akan datang ambil saya dirumah. Tetapi tiada ambulan yang datang kerana kekurangan staff. Saya telah pergi semula ke cac dan menyatakan saya tidak perlu ke maeps kerana keadaan saya agak baik ketika itu. Setelah mendapat pelepasan cac pada hari tersebut. Pada malam harinya saya mengalami kembali demam dan cirit birit sakit dada dan batuk berpanjangan. Sehingga sekarang ni dada saya masih sakit. Saya menyesal tidak ke maeps untuk dapatkan rawatan lanjut. Adakah saya masih berkelayakan untuk ke maeps sekarang ni Dr? Jika boleh bagaimana caranya?Apakah yang harus saya lakukan Dr kerana saya bekerja dan saya rasa badan saya masih tidak fit untuk bekerja. Tak kan setiap kali saya perlu mengambil MC. Bingung
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa gejala daripada jangkitan covid 19. Antaranya adalah:
Gejala yang sering:
- Demam
- Batuk
- Kelelahan
- Kehilangan deria bau dan rasa
Gejala yang kurang sering:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Cirit-birit
- Muncul ruam di kulit
- Mata menjadi pedih dan merah
Gejala yang serius:
- Kesukaran bernafas
- Bingung atau kehilangan upaya bercakap dan bergerak
- Sakit dada
Jika anda mengalami gejala-gejala seperti di atas, anda boleh merujuk kepada doktor kemudian doktor akan menentukan sama ada anda perlu ke maeps atau cukup sekadar kuarantin di rumah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































