
Sulit
3 tahun
Post covid symptom - rawatan
Hi doktor. Saya seorg isteri kepada bekas pesakit Covid-19. Saya ingin bertanya sepanjang berapa lama symptom post covid akn berlaku terhadap suami saya. Untuk pengetahun, suami saya discaj hosp Sg buloh pada 11th Jun yang lalu, tetapi sehingga kini suami masih dlm keadaan termenung, dada berdebar2, sukar tidur malam, hampir2 pitam. tetapi apabila ke klinik, doktor di sana hanya memberitahu bahawa beliau mengalami prolonged covid. Sampai bilakah keadaan ni akan berterusan dan apakah kaedah rawatan yang sesuai untuk merawat penyakit ini. Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanya tentang post-covid atau long covid syndrom yang dialami oleh suami anda. Kami akan cuba membantu.
Menurut badan-badan kesihatan sedunia dan Malaysia seperti CDC dan KKM, bekas pesakit COVID-19 boleh mengalami gejala jangka panjang selepas pulih daripada jangkitan ini seawal 4 minggu atau lebih lama.
Antara gejala yang biasa dilaporkan adalah:
- Sukar benafas
- Lemah
- Sukar atau tidak mampu melakukan aktiviti lasak seperti sebelum dijangkiti COVID-19
- Sakit perut
- sakit dada
- Batuk
- Sakit otot
Dan lain lain gejala. Tentang mengapa, siapa dan bagaimana ia boleh terjadi, masih dalam kajian pakar di seluruh dunia. Berapa lama perkara ini boleh berlanjutan juga masih belum dapat dipastikan. Hal ini kerana wakbak ini masih dan sedang berlaku, jadi kajian lebih lanjut perlu dilakukan sebelum jawapan atau kesimpulan boleh dibuat.
Namun begitu, gejala yang dialami suami puan juga boleh jadi disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, sekiranya gejala ini masih berlanjutan, pihak puan boleh merujuk kembali kepada doktor. Puan juga boleh menghubungi pihak kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu.
Terima kasih
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini