
Sulit
3 tahun
Post covid syndrome ke?
Hi doctor. Bapa saya positive covid pada awal bulan lepas dan dia telah discharge dari hospital awal bulan ni. Selepas dia discharge dari hospital, badan dia masih lemah dan masih susah untuk berjalan. Apabila dia bangun dari katil untuk duduk, dia berasa pening memusing seperti vertigo. Dan disebabkan dia covid cat 4, paru2 dia sudah berparut disebabkan covid. Jadi, pernafasan dia pon tidak berapa cantik. Apabila dia bergerak, dia akan mengah dan tercungap2. Dia juga ada batuk dan mengigil tangan tetapi dekat wad, dia tiada batuk dan gigil tangan. Dia juga develop depression dimana dia tidak boleh tido malam dan kerisauan. Adakah simtom2 ni normal untuk pesakit long covid? Perlu ke saya bawa bapa saya ke hosp untuk re-admit? Saya risau mengenai mengeletar tgn dan batuk dia memandangkan masa kali pertama dia kena covid, tangan dia mengigil dan batuk berserta demam. Tapi skrg tiada demam. Adalah ada jangkitan di hati or paru2 dia?

3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala batuk dan tangan menggeletar setelah bapa anda di discharge dari hospital. Bapa anda juga mempunyai gejala mengah dan tercungap-cungap ketika hendak bergerak. Anda juga ingin mengetahui sekiranya gejala-gejala tersebut berhubungkait dengan kondisi post COVID syndrome atau jangkitan yang lain dan sekiranya bapa anda perlu dibawa ke hospital semula. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, post COVID syndrome merupakan kumpulan gejala yang lazimnya ditemukan pada individu yang telah sembuh dari jangkitan COVID19. Menurut laporan, seseorang itu boleh mengalami post COVID syndrome sekurang-kurangnya 4 minggu malah lebih, bergantung pada setiap individu. Antara post COVID syndrome ini termasuk
- lemah badan
- sakit dada
- batuk
- susah memberikan fokus
- pening atau sakit kepala
Namun begitu, gejala batuk yang berterusan yang disertai gejala-gejala yang lain juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius antaranya termasuk
- jangkitan COVID-19 yang masih aktif
- jangkitan virus atau bakteria lain
Oleh itu, anda perlu segera menghubungi talian 999 atau hospital yang terdekat sekiranya bapa anda mengalami gejala-gejala yang seperti sesak nafas, demam panas dan gejala lain yang membimbangkan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini