
Sulit
3 tahun
Postpartum ( Objek lembut di bahagian bukaan kemaluan)
Hi Dr, saya baru bersalin 3 minggu lepas. Adakah normal utk darah nifas masih keluar seperti darah period? Di vagina saya, saya rasa ada objek lembut bulat di bahagian kemaluan, adakah itu normal utk ibu bersalin normal atau adakah itu prolapse? Jika ya bagaimana utk merawat adakah saya perlu jalani rawatan lanjut ? Kadang² saya merasa lenguh dan sakit di bahagian belakang dan juga bahagian pinggang. Selain itu kadang² saya merasa sakit atau ngilu bahagian kemaluan sebelah atas berdekatan dgn kawasan kelentit. Adakah itu normal utk rasa sakit selepas bersalin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut selepas bersalin boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya kecederaan pada lapisan tisu faraj, kecederaan pada kemaluan, kelemahan pada otot pelvis, kesan pengecutan rahim dan sebagainya.
Sebaiknya anda merujukkan perkara ini kepada doktor anda untuk dapatkan periksaan dan penyelidikan lanjut, supaya punca penyebab gejala anda boleh diketahui serta rancangan rawatan yang sesuai boleh dibincangkan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Sakit Puan.