
Sulit
5 tahun
Potensi kehamilan jika memasukkan semula zakar yang ada air mani kering pada faraj
Hi doktor. Maaf saya nak tanya. Baru baru ini saya ada melakukan hubungan seks dengan seseorang. Saat saya memasukkan zakar saya ke dalam faraj nya, saya cepat cepat keluar kan dan pancut pada baju saya. Setelah saya teliti, air mani dah kering pada zakar saya. Selepas itu, saya memasukkan semula zakar saya ke dalam farajnya sehingga saya ejakulasi dan saya keluar kan semula dan pancut luar. Soalan saya, ada kemungkinan tak sperma saya yang kering pada zakar tanpa saya basuh lalu saya masukkan semula ke faraj nya dan menyebabkan kehamilan ? tolong saya doktor. saya risau dan buntu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/tuan, tiada kemungkinan untuk pasangan anda untuk hamil melalui sperma yang telah kering kerana situasi ini telah menyebabkan sperma tersebut tidak boleh hidup.
Walaubagaimanapun, terdapat 4% risiko kehamilan melalui hubungan seksual yang dilakukan dengan mengeluarkan zakar.
Pasangan anda dinasihatkan untuk mengambil perancang keluarga sekiranya kehamilan tidak diingini.
Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui perancang keluarga yang bersesuaian dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.